Banyak faktor yang menyebabkan bibir kering. Antaranya, apabila anda bekerja di tempat yang mempunyai penghawa dingin, cuaca yang panas, kurang minum air dan sebagainya.

Keadaan bibir yang kering akan menyebabkan anda rasa tidak selesa. Individu yang mengalami masalah seperti ini selalunya senang mendapat sakit seperti ruam, kemerahan, luka kecil dan kulit menggelupas pada bahagian bibir.


ELAKKAN MENJILAT BIBIR


                                                                                      

Sekiranya anda menjilat bibir anda semasa kering ia akan menbuat bibir anda semakin kering dan mengelupas.


MINUM AIR SECUKUPNYA


  

Cara mengatasi bibir kering dan mengelupas dengan banyak minum air. Ini merupakan salah satu cara paling mudah untuk membuat bibir anda sentiasa lembap. Kekurangan cairan dalam tubuh dapat mengurangi kelembapan bibir sehingga menyebabkan bibir menjadi kering. Oleh karena itu, minumlah air dalam jumlah yang cukup, minima 8 gelas dalam sehari.

SENTIASA MEMAKAI LIP BALM


                                                                                           

Sapukan pelembap bibir untuk penyembuhan dan mengelakkan bibir pecah. Pelembap bibir juga akan membantu untuk mengekalkan kelembapan dan melindungi bibir anda dari merekah.

GUNAKAN ALOE VERA GEL


Lidah buaya adalah salah satu tumbuhan yang bagus untuk kulit dan fungsinya adalah untuk memberi kelembapan. Korang boleh beli pelembap bibir yang mempunyai aloe vera ataupun beli gel aloe vera yang banyak dijual di drug store atau pasaraya.

SCRUB BIBIR

Terdapat pelbagai jenis dan jenama lip scrub yang dijual di pasaran. Ada yang berperisa cotton candy dan buah-buahan juga tau. Korang boleh lah pilih mana yang berkenan. Kalau nak jimat, korang boleh buat sendiri je scrub kat rumah. Bahan-bahan dia cuma madu dan gula pasir.