
Minyak argan dihasilkan dari buah Argania Spinosa (Pokok Argan). Sejak dulu lagi minyak argan memang tidak asing pada dunia kecantikan. Popularitinya dalam bidang kosmetik semakin meningkat masa kini sehingga digelar sebagai "liquid gold" dikalangan wanita Eropah kerana khasiatnya yang menakjubkan untuk kecantikan kulit, rambut, kuku dan bersifat anti-aging semulajadi terbaik.
Manfaat minyak argan kepada kulit
· Anti-penuaan yang amat berkesan
· Menyelesaikan masalah kulit berjerawat
· Menghilangkan masalah parut
· Melindungi kulit daripada kedutan akibat penuaan pra-matang
· Mengurangkan kedutan dibawah mata
· Bertindak sebagai pelembap terbaik untuk kulit. Ia menyegar dan melembut kulit lebih mudah daripada penggunaan krim atau minyak yang lain
· Mampu mengurangkan kegatalan kulit dan cepat menyembuhkan tanda-tanda yang disebabkan oleh menggaru pada kulit.
· Sesuai untuk semua jenis kulit
Manfaat Minyak Argan Kepada Kuku
· Menguatkan kuku yang lemah dan mudah pecah. Menguatkan kulit halus di akar kuku dan menjadikannya licin
· Kuku menjadi segar dan bersinar
· Meransang pertumbuhan kuku cantik berseri
Manfaat Minyak Argan Kepada Rambut
· Menghidrat rambut dengan cara semulajadi, mampu menstabilkan kelembapan pada rambut dan melembutkan rambut yang kasar dengan cepat.
· Mampu menembusi hingga ke liang rambut serta meningkatkan keanjalan rambut. Berkhasiat untuk pertumbuhan rambut
· Mengekalkan kelembapan rambut serta mengembalikan kilauan dan sinar rambut
· Merawat akar rambut yang rapuh dan meransang pertumbuhan rambut yang terurus
· Anti oksidan semulajadi yang terdapat dalam minyak argan mampu mengukuhkan rambut dengan membaik pulih membran sel rosak pada rambut
Leave a Comment