Di tambah pula dengan sifat antioksidaan yang tinggi menjadikan khasiat strawberi sangat berkesan untuk kesihatan kulit wajah. Jom kita lihat apa manfaat buah strawberi untuk wajah.


  • Mencegah Kedutan Wajah

Vitamin C juga mampu mendorong pengeluaran kolagen, menebalkan lapisan dermis dan adalah agen awet muda yang hebat kerana boleh mengurangkan garis-garis kedutan halus akibat kesan penuaan. Hasilnya, anda boleh mencegah kedutan serta garis-garis dari muncul dari wajah. Dengan kurangan tanda-tanda penuaan, sudah pasti anda akan berasa lebih yakin dengan penampilan anda di khalayak ramai.

  • Mencegah Jerawat

Masalah jerawat berpunca daripada pengumpulan sebum yang berlebihan dan sifat strawberi yang berasid mampu untuk menghilangkan lebihan minyak di kulit. Jika diamalkan dengan betul, strawberi boleh menjadi agen pencegah jerawat yang efektif.

  • Merawat dan Mencegah Kulit Kering

Seperti yang disebut di atas, kandungan vitamin C boleh mendorong penghasilan kolagen dan ini membolehkan kulit wajah dapat dirawat serta mengalakkan penyembuhan sel-sel kulit yang rosak. Kesan ini mampu untuk menjadikan kulit wajah lebih segar dan seterusnya mampu merawat serta mencegah masalah kulit kering.