Ramai mengetahui bahawa badam terkenal dengan produk kekacang yang mudah dijumpai di kedai serbaneka dalam pek mudah dibawa tidak lupa juga produk tenusu badam yang kian mendapat perhatian jenama jenama besar dan menjadi ‘trending’ pada masa ini. 

  1. Untuk kulit yang lebih lembut dan licin. Sapukan almond oil selepas mandi. Ia juga sangat elok untuk kulit bayi.
  2. Untuk pembersihan kulit muka secara mendalam. Gunakan almond oil sebagai penanggal mekap. Ia juga sangat sesuai untuk digunakan sekitar mata yang merupakan kawasan sensitif. Jadikan ia skrub, hanya campurkan dengan gula pasir dan lakukan skrub muka sekali seminggu. 
  3. Nyahkan lingkaran gelap sekitar mata dan kulit tan yang tak diingini. Sapukan pada keliling mata sebelum tidur. Untuk mengatasi keradangan akibat kulit terbakar sewaktu bercuti di tepi pantai, campurkan almond oil dengan beberapa titis perahan lemon dan sesudu kecil madu. Sapu dan urut pada kawasan tersebut dan biarkan sejam. Kemudian bilas dengan air biasa.
  4. Untuk melegakan kegatalan akibat ekzema dan psoraisis. Sapukan pada kawasan yang mengalami keradangan. Untuk hasil lebih baik campurkan bersama dengan minyak essential lain.