Komponen terbaik aloe vera yang mempunyai sifat membersih dan antiseptik, bertindak kuat terhadap bakteria, virus dan kulat.
Justeru, ia memiliki khasiat kecantikan tersendiri yang boleh diaplikasikan sebagai rutin penjagaan kecantikan harian iaitu:

Melambatkan proses penuaan
Memiliki kandungan air yang tinggi, aloe vera berupaya melambatkan proses penuaan dengan menghapuskan sel kulit mati dari dalam dan meningkatkan penghasilan kolagen.

Menghilangkan bintik hitam
Cara paling selamat untuk mencerah dan menghilangkan bintik hitam pada wajah adalah dengan menyapu gel aloe vera pada wajah secara konsisten selepas muka dibersihkan menggunakan facial foam pada waktu pagi dan juga malam.

Menghilangkan jerawat
Kandungan giberelin dan auxins di dalamnya membuatkan aloe vera berupaya mengurangkan pertumbuhan jerawat pada kulit. Jerawat batu atau jerawat biasa, semuanya dapat dirawat menerusi aloe vera.

Kurangkan rasa regangan pada kulit
Kesan regangan atau stretch marks yang berlaku pada kulit akibat kehamilan, penuaan atau penurunan berat badan boleh dikurangkan dengan penggunaan aloe vera.

Mencantikkan bulu mata
Bagi anda yang sering memakai maskara, aloe vera sangat bagus untuk membebaskannya daripada bahan kimia akibat penggunaan peralatan mekap.
Selain itu, ia juga dapat menguatkan akar bulu mata, cucilah bulu mata sebelum tidur setiap hari supaya bebas daripada bahan kimia.